'StudY' Keep c00L

'StudY' Keep c00L

Friday, 5 July 2013

manusia





mengenali Hakikat Diri

Manusia adalah makhluk yang paling unik yang diciptakan Allah di alam buana ini. Kemuliaannya boleh mengatasi ketinggian para malaikat akan tetapi  kehinaannya pula boleh sampai lebih hina daripada  binatang. Itulah yang digambarkan Allah:

“Sesungguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian, kemudian kami kembalikannya ke tempat yang paling rendah,.. kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh…” (al Tin ayat: 4-5)

Kemuliaan atau kehinaan adalah dua pilihan yang mesti dibuat oleh manusia kerana kedua-duanya adalah berbeza. Jalannya juga berbeza dan tidak boleh bercampur. Bagi yang memilih kemuliaan dan ketinggian maka jalan yang digambarkan oleh al Quran sebagai jalan yang lurus dan itulah jalan menuju Allah Yang Maha Tinggi. Adapun jalan yang bercabang atau bengkok adalah jalan menuju kehinaan dan kerendahan.

“Dan  inilah dia jalanku jalan yang lurus , maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu  ikuti jalan-jalan yang lain nescaya kamu akan berpisah daripada jalannya…”

Manusia juga mesti mengenali hakikat dirinya sendiri serta mengetahui apa yang perlu disediakan untuk memudahkannya  sampai kepuncak  kemuliaan dan ketinggian.Seperti seorang yang bermusafir yang mengetahui selok belok kenderaan yang dinaikinya serta apa yang diperlukannya semasa perjalanan akan lebih mudah untuk sampai ke distinasi yang ditujunya, begitu juga di dalam perjalanan menuju Allah Yang Maha Tinggi.
Hakikat kejadian manusia seperti digambarkan oleh al Quran dan al Sunnah terdiri daripada LIMA unsur yang setiap satunya diberi penekanan oleh Islam di dalam pembinaan,pemeliharaan dan penyelenggaraanya.

No comments:

Post a Comment